Pengurusan Masa, Tugas dan Persekitaran
MASA ITU EMAS. Selaras dengan kepentingan masa sebagai seorang yang berintegriti dalam sesebuah organisasi perlu di tekankan dalam aspek Pengurusan Masa, Tugas dan Persekitaran dalam mengorak langkah yang lebih gemilang dalam organisasi.
Cabaran utama meningkatkan kemahiran pengurusan masa ialah menyediakan latihan dan menyuntik teknik-teknik yang mampu meningkatkan semangat kakitangan agar dapat memaksimumkan penggunaan masa mereka selari dengan hala tuju organisasi.
Perubahan kendiri yang ingin diterapkan sewajarnya menggalakkan pemikiran yang selari dengan aspirasi organisasi bagi menghasilkan nilai tambah dalam tugasan dan berkeupayaan menyediakan kakitangan yang membudayakan nilai-nilai murni.
Selain itu, untuk melahirkan pekerja yang bijak dalam pengurusan masa pelbagai kemahiran perlu ditanam seperti kemahiran membuat jadual yang efisien, analisis jadual dan action plan secara sistematik, penjadualan berkala, senarai semak utama, mengubah persepsi dan menanam matlamat (Law of Attraction) yang seiring dengan perjalanan sesebuah organisasi.

KURSUS PENGURUSAN MASA, TUGAS DAN PERSEKITARAN ini bertindak sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan menanam kemahiran kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran dan keazaman supaya lebih yakin dan seronok dengan kerjaya masing-masing, meningkatkan pelbagai kemahiran untuk mengendalikan masa dalam kerja dalam meneraju perkembangan dan perubahan serta memegang tanggungjawab yang diamanahkan.
Objektif Kursus
Di akhir kursus, para peserta berupaya:
COURSE OUTLINE
| M1 | LAW OF ATTRACTION / IMAGINATION BOARD |
| M2 | ANALISIS TUGAS DAN PERSEKITARAN |
| M3 | MATRIK PENGURUSAN MASA |
| M4 | SWOT ANALISIS |
| M5 | SENARAI SEMAK PENGURUSAN TUGAS DAN PERSEKITARAN (CHECKLIST) |
| M6 | MENGURUS PERSEPSI MENGGUNAKAN NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP) |
TALK TO US
FOR CUSTOMIZATION
| Office: | 6 03-8912 3437 |
| Mobile: | 6 012-274 7498 |




