Project Description
Pengurusan Konflik
“Anda tidak boleh tidak berkomunikasi..”.
“Makna komunikasi adalah respons yang kita perolehi..”.
Ini adalah dua contoh bentuk kenyataan di dalam komunikasi yang dijadikan sebagai ANDAIAN atau PRE-SUPPOSITIONS di dalam bidang Neuro Linguistic Programming (NLP).
Manusia sentiasa berkomunikasi sama ada dengan diri sendiri atau luar dari dirinya.
Komunikasi dalaman dan komunikasi luaran mempengaruhi “programming” diri seseorang.
Mengetahui kenapa dan bagaimana seseorang itu melakukan atau tidak melakukan melalui pembacaan “programming” dan komunikasi persuasif akan membantu seseorang mempengaruhi seseorang yang lain dan amat membantu di dalam PENGENDALIAN KONFLIK DAN KRISIS yang berkesan.
Apabila kita berkomunikasi, kita memerlukan “response” (respon positif) dan bukannya “react” (respon negatif).
Oleh kerana itu sebagai seorang kakitangan yang profesional, mengamalkan komunikasi yang berkesan dan berkebolehan untuk mempengaruhi seseorang amatlah perlu untuk dikuasai.
Kuasa mempengaruhi melalui komunikasi yang persuasif akan meningkatkan keyakinan kepada kakitangan untuk menangani sebarang konflik atau krisis dengan sebaik mungkin sekaligus mewujudkan “win-win situation” tanpa memberi kesan yang negatif kepada kedua-dua belah pihak.
Namun ia bukanlah mudah untuk dilaksanakan dan dikuasai.
Melalui KURSUS PENGURUSAN KONFLIK ini, penekanan diberi kepada proses memahami konflik dan penguasaan teknik dan tindakan yang dapat diamalkan bagi mengelak atau mengawal konflik di tempat kerja khususnya sekaligus mewujudkan suasana harmoni dikalangan rakan sekerja.
Objektif Kursus
Di akhir kursus, para peserta berupaya:
Memahami dan MENGENALPASTI PUNCA serta kategori konflik;
Menguasai TEKNIK-TEKNIK komunikasi yang dapat mengelak atau mengawal konflik; DAN
Membentuk RANGKA TINDAKAN dalam pengurusan konflik dan mengaplikasi hasil pembelajaran dalam kehidupan luar dan kehidupan berorganisasi.
COURSE OUTLINE
M1 | MEMAHAMI KONFLIK DAN EMOSI |
M2 | KATEGORI DAN PROSES KONFLIK |
M3 | PERSONAL YANG BOLEH MENIMBULKAN KONFLIK |
M4 | MENGENALPASTI SUMBER ATAU PUNCA KONFLIK |
M5 | KOMUNIKASI BERKESAN BAGI MENGELAK KONFLIK |
M6 | BINA PELAN STRATEGI MENGELAK KONFLIK |
TALK TO US
FOR CUSTOMIZATION
Office: | 6 03-8912 3437 |