Project Description

Kemahiran Komunikasi & Interpersonal

Kemahiran komunikasi & interpersonal adalah kemahiran yang setiap pekerja perlu kuasai kerana 75% daripada masa kerja adalah di dalam situasi berkomunikasi sama ada secara bersemuka, telefon, surat-menyurat atau emel dengan ketua, rakan sekerja serta pelanggan-pelanggan organisasi.

Pekerja-pekerja organisasi yang terlatih dan mahir berkomunikasi, akan dapat melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab dengan lancar dan berkesan.

Sebaliknya, pekerja-pekerja kurang mahir berkomunikasi, bukan sahaja akan menghadapi kesukaran menyampai atau menerima sesuatu mesej malah boleh menimbulkan pelbagai salah faham, pembaziran dan konflik yang merugikan.

Oleh itu, adalah amat penting setiap kakitangan hadapan organisasi diberikan latihan dan pendedahan yang sewajarnya tentang asas-asas dan kaedah-kaedah berkomunikasi agar mereka akan dapat melaksanakan segala tugas mereka dengan lebih lancar dan berkesan.

Kemahiran komunikasi juga penting diamalkan oleh seseorang pemimpin dalam organisasi untuk menguruskan kakitangan bawahannya.

Pemimpin yang mempunyai kemahiran komunikasi mampu mempengaruhi pengikut dan pekerja melaksanakan tugas-tugas dengan cekap dan sempurna tanpa melibatkan rintangan dan tentangan dari pekerja.

 

Kursus KEMAHIRAN KOMUNIKASI & INTERPERSONAL ini adalah untuk eksekutif dan pengurus yang perlu dan ingin memastikan bahawa mereka memaksimumkan keupayaan berrkomunikasi mereka bagi mewujudkan keharmonian bekerja dan mengelakkan konflik daripada berlaku.

Objektif Kursus

Setelah mengikuti program ini, para peserta akan dapat:

  • Membina kemahiran berkomunikasi berkesan dengan pelanggan dan rakan sekerja;

  • Mengenalpasti masalah komunikasi harian yang sentiasa terjadi;

  • Membangun kemahiran untuk bertanya soalan;

  • Ketahui mesej bukan lisan yang disampaikan tanpa sedar;

  • Membina kemahiran mendengar secara aktif dan empathetic kepada orang lain;

  • Meningkatkan keupayaan menangani situasi yang sukar dan tegang; DAN

  • Ketahui bagaimana berurusan dengan situasi secara tegas tetapi berkesan.

  COURSE OUTLINE

M1PENGENALAN KOMUNIKASI
M2BINA RAPPORT
M3KEMAHIRAN MENDENGAR
M4KOMUNIKASI BAHASA BADAN
M5KOMUNIKASI BUKAN LISAN
M6KOMUNIKASI INTERPERSONAL
M7KOMUNIKASI NLP
M8KOMUNIKASI LISAN

   TALK TO US   

FOR CUSTOMIZATION

Office:6 03-8912 3437
Mobile:6 012-274 7498

Monday – Friday:  9:00am – 6:00pm

  OFFICE LOCATION

Let’s Start a New Training Together

Get a Quote | Full Proposal | FREE Consultation