Project Description

Kecemerlangan Kerjaya

Kualiti diri adalah asas/tiang kepada kualiti organisasi.  Sumber manusia adalah sumber yang yang terpenting didalam meningkatkan kualiti organisasi. Prestasi di dalam mana-mana organisasi bergantung terutamanya kepada kualiti sumber manusianya.

Kualiti diri adalah tahap dimana individu menyatakan atau menunjukkan  ciri-ciri peribadi positif, mengamalkan perhubungan kemanusiaan yang baik dan menampilkan prestasi kerja yang cemerlang.

Salah satu ciri yang kritikal didalam kualiti diri  adalah nilai diri  dimana ianya mempengaruhi  personaliti dan kebolehan individu.

John Gilmore telah berkata “Salah satu faktor yang membezakan semada individu itu tinggi produktivitinya dibandingkan dengan yang lain adalah nilai diri atau  “self-esteem”. 

 

Sumber manusia menguruskan proses dan menyebabkan sesuatu sistem bergerak; manusia yang menyebabkan tindakan sesuatu proses. Oleh itu, kualiti adalah suatu ekpresi bagi kecemerlangan  manusia.

Ekpresi kecemerlangan yang berpunca dari ciri dan nilai dalaman insan akan dapat diperlihatkan dari perlakuan atau “behaviour” individu terbabit didalam kehidupan hariannya di dalam organisasi.

Kumpulan perlakuan yang diamalkan ini akan membentuk satu norma atau nilai yang dipegang oleh kumpulan individu dan menjadi budaya sesuatu organisasi yang di pandu oleh misi dan objektif.

Perubahan dalaman ini bermula dengan anjakan paradigma terhadap set minda yang positif dan luar biasa. Untuk membolehkan perlakuan berubah, POTENSI DIRI mesti dikenalpasti melalui penerokaan kekuatan diri dan meminggirkan kelemahan diri agar dapat menjana tenaga positif dalam diri.

 

KURSUS KECEMERLANGAN KERJAYA mampu meningkatkan serta mengekalkan motivasi diri kakitangan menjadi kakitangan cemerlang sejajar dengan objektif dan matlamat organisasi dengan melihat kepada situasi semasa, halatuju organisasi dan perancangan pencapaiannya.  Mereka akan berkebolehan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri melalui latihan yang berbentuk “experiential” supaya dapat mengekalkan tahap kejayaan sedia ada sekaligus memaju kejayaan baru yang bakal direkabentuk oleh mereka sendiri kelak.

Objektif Kursus

Di akhir kursus, para peserta berupaya:

  • Kepentingan Peranan Penyeliaan Yang Berkesan Dalam Organisasi;

  • Perubahan Dalam Peranan Penyeliaan;

  • Kemahiran-kemahiran Individu Dan Kumpulan; dan

  • Prinsip-prinsip Asas Kepimpinan Yang Berkesan

  COURSE OUTLINE

M1LAW OF ATTRACTION (PENETAPAN MATLAMAT)
M2TRANSFORMASI PERSONALITI
M3TRANSFORMASI KEPIMPINAN
M4BUDAYA KERJA CEMERLANG
M5THINK OUT OF THE BOX!
M6RUNDINGAN INTRAPERSONAL (SPIRITUAL NLP)

   TALK TO US   

FOR CUSTOMIZATION

Office:6 03-8912 3437
Mobile:6 012-274 7498

Monday – Friday:  9:00am – 6:00pm

  OFFICE LOCATION

Let’s Start a New Training Together

Get a Quote | Full Proposal | FREE Consultation