Project Description

Pengurusan Emosi Pelajar

Menjadi pelajar di institusi pengajian tinggi adalah impian setiap pelajar.

Namun untuk mendapat segulung ijazah, ia bukanlah mudah seperti yang disangka.

Ada yang berjaya dengan cemerlang dan berjaya menamatkan pengajian, ada yang terpaksa mengulang dan ada yang terkandas di tengah jalan.

Impian yang menggunung dengan pelbagai tekanan pelajaran dan lain-lain emosi menjadikan pelajar mengalami tekanan emosi yang kadang-kadang tidak mampu ditanggung.

Pelbagai kisah di dada akhbar terpampang kisah pelajar-pelajar IPTA yang mengalami emosi serius di dalam pengajian mereka di universiti.

Statistik pelajar yang mengalami tekanan jiwa dan perasaan meningkat saban hari.

Bagi menyelesaikan masalah ini, ramai pelajar cuba mendapatkan khidmat nasihat pakar seperti kaunselor, psikologi atau lain-lain bagi mendapat teknik dan cara yang terbaik bagaimana untuk mengawal emosi diri secara berkesan dan pantas.

Program  ini akan dapat memberi pendedahan RAHSIA besar untuk pelajar bagaimana untuk ‘mengawal’ emosi diri semasa pengajian mereka di universiti agar kualiti pengajian mereka sentiasa berada di kelas yang tertinggi.

Objektif Program:

Di akhir program, para pelajar berupaya:

  • Memahami bagaimana emosi terbentuk dan bagaimana membentuk keceriaan semasa pengajian dan di mana sahaja;

  • Mempelajari cara untuk mengawal emosi melalui kaedah Hypnotherapy dan NLP di sepanjang pengajian dan kehidupan; DAN

  • Mempraktiskan hasil pembelajaran dalam setiap urusan pengajian, kerjaya dan kehidupan.

  COURSE OUTLINE

M1EMOTIONAL DISTRESS
M2BODY SYNDROMES ANALYSIS
M3STRESS MANAGEMENT

   TALK TO US   

FOR CUSTOMIZATION

Office:6 03-8912 3437

Monday – Friday:  9:00am – 6:00pm

  OFFICE LOCATION

Let’s Start a New Training Together

Get a Quote | Full Proposal | FREE Consultation