Project Description

Kursus Transformasi Minda Positif

Proses transformasi minda perlu bagi membina jati diri yang lebih hebat dari semasa ke semasa bagi persediaan menyesuaikan diri dan minda menghadapi cabaran baru setiap hari.

Jati diri adalah penting sebagai penilaian seorang individu itu sendiri terhadap diri sendiri.

Individu akan membuat penilaian berdasarkan kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Dia akan melihat dari segi kematangan fizikal, mental, emosi, potensi diri, bakat, minat, nilai, kendiri moral dan etika, kendiri keluarga dan kepentingan bersama, kendiri sosial, tingkah laku dan kepuasan sendiri.

Dengan itu, individu yang dapat mencari dirinya, memahami dirinya dan bertindak mengikut kemampuan diri sendiri mampu memandu pemikiran dan perlakuan dalam rutin harian dengan lebih yakin.

Kursus ‘TRANSFORMASI MINDA POSITIF’ amat berpatutan diadakan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta agar dapat membongkar seni keyakinan diri dan jati diri bermula dengan proses transformasi minda.

Dengan menggunakan kaedah NLP yang dirangka khas untuk membantu setiap organisasi mencapai matlamat yang diimpikan maka tidak mustahil bagi setiap organisasi untuk melahirkan penghuni minda kelas pertama yang bukan sahaja membina keyakinan diri malah memperkuatkan lagi jati diri mereka.

Objektif Kursus

Di akhir kursus, para peserta berupaya:

  • Mengenalpasti personaliti diri supaya dapat membentuk keyakinan diri;

  • Memupuk keperibadian dan jati diri supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dengan cabaran baru setiap hari;

  • Membentuk emosi yang lebih positif;

  • Meningkatkan kejayaan berdasarkan pelan tindakan; DAN

  • Mengenali rakan sekerja dengan lebih mendalam bagi membentuk perpaduan.

  COURSE OUTLINE

M1PENETAPAN MATLAMAT
M2TRANSFORMASI JATI DIRI
M3TRANSFORMASI PERSONALITI
M4RUNDINGAN INTRAPERSONAL: SPIRITUAL NLP
M5THINK OUT OF THE BOX

   TALK TO US   

FOR CUSTOMIZATION

Office:6 03-8912 3437

Monday – Friday:  9:00am – 6:00pm

  OFFICE LOCATION

Let’s Start a New Training Together

Get a Quote | Full Proposal | FREE Consultation