Parenting (Keibubapaan)

Keluarga adalah asas ke arah pembentukan masyarakat yang bahagia dan sejahtera. Pembinaan keluarga bahagia mestilah menerapkan cara hidup yang positif berlandaskan ilmu dan nilai-nilai yang baik. Dalam kehidupan, setiap insan mempunyai cara hidup tersendiri untuk menentukan kebahagiaan.

Kursus ini menyediakan peserta untuk memahami tentang asas membina ibubapa cemerlang yang harus diamalkan oleh setiap kakitangan yang mana ianya akan menjadi asas pembentukan keluarga bahagia, sekaligus mempengaruhi kecemerlangan prestasi kerja. Dengan yang demikian, seseorang perlu sentiasa menyemak nilai budaya keluarganya supaya berada pada tahap yang menyokong kehidupannya.

Modul ‘Parenting’ (keibubapaan) ini merupakan alat yang boleh digunakan untuk membantu kakitangan didalam membentuk keluarga bahagia yang bermula dengan kecemerlangan ibubapa.

Objektif Kursus

Di akhir kursus, para peserta berupaya:

  • Meningkatkan kesedaran ibu bapa akan keperluan pembentukan moral anak-anak yang sempurna;

  • Ibu bapa dapat memahami kepentingan hubungan yang erat dengan  anak-anak;

  • Meningkatkan ilmu keibubapaan untuk berdepan dengan karenah anak remaja pada masa kini; dan

  • Meningkatkan pengetahuan ibu bapa bagaimana memahami cara untuk mendisiplin tingkahlaku anak remaja.

  RINGKASAN MODUL

M1PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA
M2KENALI PERSONALITI DIRI, PASANGAN DAN ANAK ANDA
M3TEKNIK ‘COACHING’ KELUARGA
M4KEMAHIRAN KOMUNIKASI
M5GAYA PENGURUSAN KELUARGA
M6PENGURUSAN EMOSI & KONFLIK KELUARGA

  HUBUNGI KAMI

Tel:6 03-8912 3437
Mobile:6 012-274 7498

Isnin – Jumaat:  8:30am – 5:30pm

  LOKASI PEJABAT

Dapatkan Sebutharga

Hantarkan informasi anda melalui borang di bawah untuk memudahkan proses penyediaan kertas kerja penuh dan sebutharga yang diperlukan