Selamat Datang ke PETAMINDA

Petaminda Holding Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menganjurkan latihan dan kursus di dalam pelbagai bidang terutamanya Pengurusan Kewangan, Pembangunan Organisasi dan Pembangunan Sumber Manusia. Syarikat ini diperbadankan (ditubuhkan) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan merupakan sebuah syarikat milikan 100 peratus bumiputera. Kumpulan tenaga kerja yang berada di dalam syarikat memiliki pengalaman luas dalam bidang penganjuran latihan dan kursus sejak di tahun 2010 lagi.

Kini syarikat telah bergerak pantas dan efisien selaras dengan perkembangan teknologi terkini untuk membantu memperkembangkan imej, misi dan visi sesuatu jabatan, IPT, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat umum.

Skop latihan pada peringkat awalnya adalah mengkhusus kepada pengenalan kepada Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi Kakitangan, Pengurusan Kewangan Organisasi, Pembangunan Pasukan Organisasi serta Pembangunan Sahsiah Diri melalui slot-slot kerohanian. Namun kini syarikat telah berkembang secara konsisten dan stabil dengan mempelbagaikan lagi kursus-kursus lain yang meliputi kursus-kursus teknikal dan juga softskill bagi memenuhi keperluan pelanggan dan organisasi di mana kursus-kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.

Misi Kami

Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan memiliki status syarikat penyedia latihan yang utama di peringkat tempatan; dengan memiliki sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua peringkat pelanggan.

Visi Kami

Mempelbagaikan perkhidmatan perundingan dan latihan di bawah satu bumbung sekaligus menjadi ‘One Stop Centre’ bagi perkhidmatan latihan/kursus dalaman dan terbuka; penyediaan tempat latihan yang pelbagai dan selesa; serta penyampaian ilmu latihan berbentuk yang lebih kreatif.

Capai Matlamat Anda

Dapatkan khidmat nasihat percuma dalam merangka modul terbaik untuk anda dan organisasi.

HUBUNGI KAMI