Bina Minda & X-TRA (Teambuilding)
Setiap organisasi di Malaysia sama ada kerajaan atau swasta memerlukan pegawai-pegawai atau individu-individu yang cemerlang di dalam segala aspek kerja. Sumber manusia adalah sumber yang terpenting didalam meningkatkan kualiti organisasi. Prestasi organisasi yang baik boleh dikaitkan dengan kualiti dan sifat kerja berkumpulan serta interaksi di kalangan kakitangan ini.
Oleh hal yang demikian, kepentingan membentuk perpaduan pasukan kerja, sinergi dan wawasan bersama adalah satu keperluan bagi mana-mana organisasi untuk terus berjaya. Program pengukuhan kerja berpasukan (Teambuilding) telah dikenalpasti sebagai salah satu cara yang pastinya dapat mencapai misi mencapai keberkesanan kerja berkumpulan kerana organisasi memerlukan pasukan yang berkualiti apabila ingin menghasilkan keputusan yang diingini dengan menyepadukan pelbagai kemahiran, minat dan usaha setiap kakitangan organisasi.
PETAMINDA menawarkan khidmat profesionalnya untuk melaksanakan KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN – BINA MINDA & X-TRA (BMX) bagi membentuk pasukan kerja berkualiti di kalangan kakitangan organisasi; dengan memberi fokus kepada peningkatan daya berfikir secara strategik, kemahiran interpersonal, sifat kepimpinan, sinergi pasukan, budaya kerja berpasukan serta persediaan diri untuk menerima sebarang perubahan.
Objektif Kursus
Di akhir kursus, para peserta berupaya:
Membina perpaduan pasukan dengan memecahkan setiap halangan dalam hubungan interpersonal;
Meningkatkan motivasi diri dan pembangunan minda yang positif;
Membentuk komunikasi interpersonal yang berkesan di antara anggota pasukan.
Mendisplinkan diri bagi meningkatkan lagi produktiviti serta kecemerlangan kerja.
Menguatkan tenaga pasukan sekaligus memudahkan misi mencapai objektif organisasi.
RINGKASAN MODUL
| M1 | AKU, DIA & KAMU |
| M2 | MALAM SERIBU BINTANG |
| M3 | JOM FIT! |
| M4 | CORPORATE TARGET |
| M5 | COLDseat vs HOTseat |
| M6 | UJIAN PERSONALITI |
| M7 | X-PLORACE |
| M8 | LegoTALK |
| M9 | CINEMA Therapy |
HUBUNGI KAMI
| Tel: | 6 03-8912 3437 |
| Mobile: | 6 012-274 7498 |