Seni Pengurusan Stres

Hari ini kita dapat melihat dan mendengar di rata-rata media massa dan elektronik keluhan ramai daripada kakitangan atau warga kerja di organisasi kerajaan dan swasta mengalami tekanan terutamanya di tempat kerja. Banyak artikel yang disiarkan di akhbar-akhbar dan juga majalah-majalah membicarakan sebab-sebab stres dan kesan-kesannya di dalam kehidupan terutamanya kesan emosi dan penurunan produktiviti kakitangan. Ramai warga kerja tercari-cari kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan tekanan yang mereka hadapi. Semakin banyak kerja yang dipertanggungjawabkan, semakin berat bahu untuk memikul. Kegagalan menguruskan masa dan emosi dengan baik, menambahkan lagi tekanan di tempat kerja. Ini belum termasuk hubungan antara kakitangan dan juga ketua-ketua jabatan masing-masing yang kadang-kadang tidak sehaluan. Hubungan yang tidak baik antara kakitangan dan kakitangan serta perbalahan/ketidak sefahaman antara suami atau isteri menambahkan lagi masalah yang ditanggung.

Bagi menyelesaikan masalah ini, ramai cuba mendapatkan khidmat nasihat pakar seperti kaunselor, psikologi atau lain-lain bagi mendapat teknik dan cara yang terbaik bagaimana untuk mengawal emosi diri secara berkesan dan pantas.

Di PETAMINDA kami menawarkan khidmat profesionalnya untuk melaksanakan Kursus Seni Pengurusan Stres bagi memberi pendedahan RAHSIA besar kepada kakitangan organisasi bagaimana untuk ‘mengawal’ emosi diri di tempat kerja agar produktiviti warga kerja organisasi meningkat secara ‘berlipat-lipat kali ganda’.

Setelah tamat perlatihan, mereka dapat mengaplikasi kaedah-kaedah NLP dan Hipnoterapi secara cepat, mudah dan santai dalam mengurus tekanan emosi diri mereka di tempat kerja.

Objektif Kursus

Di akhir kursus, para peserta berupaya:

  • Memahami makna dan konsep emosi dan seni pengurusan stres dengan lebih sistematik.
  • Memahami bagaimana emosi terbentuk termasuklah stres dan bagaimana membentuk keceriaan di tempat kerja dan di mana sahaja;
  • Memahami cara untuk mengurus tekanan emosi dan kemarahan melalui kaedah Hypnotherapy dan NLP dalam kerjaya dan kehidupan; dan
  • Mengaplikasi hasil pembelajaran dalam kerjaya dan kehidupan.

  RINGKASAN MODUL

M1TEKANAN EMOSI (HYPNOTHERAPY & NLP)
M2LAB PROFILE ANALYSIS & NLP META MODEL
M3RE-FRAMING & PROGRESSIVE RELAXATION: COLOUR THERAPY
M4BODY SYNDROMES ANALYSIS
M5STRESS CAPSULE THERAPY
M6KAEDAH MUDAH & SEGERA

  HUBUNGI KAMI

Tel:6 03-8912 3437
Mobile:6 012-274 7498

Isnin – Jumaat:  8:30am – 5:30pm

  LOKASI PEJABAT

Dapatkan Sebutharga

Hantarkan informasi anda melalui borang di bawah untuk memudahkan proses penyediaan kertas kerja penuh dan sebutharga yang diperlukan