Membina Keyakinan dan Jati Diri

Konsep jati diri sebenarnya adalah penilaian seorang individu itu sendiri terhadap diri sendiri. Individu akan membuat penilaian berdasarkan kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Dia akan melihat dari segi kematangan fizikal, mental, emosi, potensi diri, bakat, minat, nilai, kendiri moral dan etika, kendiri keluarga dan kepentingan bersama, kendiri sosial, tingkah laku dan kepuasan sendiri. Dengan itu, individu dapat mencari dirinya, memahami dirinya dan bertindak mengikut kemampuan diri sendiri sekaligus membentuk keyakinan diri.

Kursus ini adalah sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta agar dapat membongkar seni keyakinan diri dan jati diri bermula dengan proses transformasi minda. Dengan menggunakan kaedah NLP yang dirangka khas untuk membantu setiap organisasi mencapai matlamat yang diimpikan maka tidak mustahil bagi setiap organisasi untuk melahirkan penghuni minda kelas pertama yang bukan sahaja membina keyakinan diri malah memperkuatkan lagi jati diri mereka.

Objektif Kursus

Di akhir kursus, para peserta berupaya:

  • Mempercayai diri sendiri dan juga orang lain.

  • Menukarkan impian menjadi kenyataan.

  • Membina keyakinan diri dan jati diri yang lebih kukuh.

  • Meningkatkan kejayaan berdasarkan pelan tindakan.

  RINGKASAN MODUL

M1PENGENALAN DAN GALERI ILMU
M2PENETAPAN MATLAMAT
M3TRANSFORMASI JATI DIRI
M4TRANSFORMASI PERSONALITI
M5RUNDINGAN INTRAPERSONAL: SPIRITUAL NLP
M6THINK OUT OF THE BOX

  HUBUNGI KAMI

Tel:6 03-8912 3437
Mobile:6 012-274 7498

Isnin – Jumaat:  8:30am – 5:30pm

  LOKASI PEJABAT

Dapatkan Sebutharga

Hantarkan informasi anda melalui borang di bawah untuk memudahkan proses penyediaan kertas kerja penuh dan sebutharga yang diperlukan